Seorang penanam labu berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan labu
dengan melayakkan dirinya menjadi pemilik labu terberat di dunia. Labu
ini dipercayai seberat 849 kg.
Luar Biasa! Labu Terbesar Di Dunia Seberat 849 Kg (4 Foto)
| Jangan terkejut jika anda melihat labu di pasar berbeza dengan labu
di New York ini yang beratus kali ganda besarnya. Sememangnya di sana,
terdapat benih labu yang boleh membesar sehingga ke tahap itu. Jadi
tidak hairanlah jika setiap tahun sering diadakan pertandingan labu bagi mencari penanam labu terbesar sekali di dunia.
Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rhode, Amerika
Syarikat diundang menghadiri program bual bicara Live with Kelly and
Michael di sini kelmarin. Dia diundang bagi menceritakan tentang buah labunya yang seberat 849 kilogram (kg). Buah labu itu direkodkan sebagai yang terbesar di dunia. Ia mengatasi rekod Guinness World Records hampir 90.71kg atau 2,009 Pounds.
Wallace memenangi pertandingan buah labu terbesar pada pertandingan hasil pertanian di Topsfield, Massachusetts baru-baru ini. Dia menenangi hadiah wang tunai sebanyak AS$5,500 (RM16,694) ekoran kemenangannya.Wallace juga memperoleh wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM30,353) kerana berjaya memecahkan rekod dunia
Kamis, 31 Oktober 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar